Umam Agro is operated under the license of Umam Enterprise (002498178-M). We supply gardening inputs such as seeds, fertilizers, hormones. insect control, mediums for plants, fertigation sets and fittings, hydroponics DIY fittings, agricultural technology and agricultural training for your domestic and urban farming needs.

Bab 2 - Manfaat Penanaman Secara Hidroponik

BAB 2
 
 
Manfaat Penanaman Secara Hidroponik;-
Kelebihan-kelebihan penanaman secara kaedah hidroponik antaranya adalah. 
Tanaman sepanjang tahun.
Dengan hidroponik ia tidak terhad kepada musim atau cuaca untuk berkebun, ini kerana ia boleh dilakukan didalam rumah atau dengan mengunakan plastic pelindung hujan.
 
Ruang yang terhad
Jika anda tingal di rumah-rumah jenis apartment dan tidak cukup ruang untuk berkebun anda masih boleh melakukan nya dengan hanya memilih jenis-jenis sistem hidroponik yang bersesuaian kepada ruang anda.  
 
Tiada masalah penyakit dan serangga perosak / bebas racun perosak
Tidak akan dibebani masalah serangan penyakit dan serangga perosak, Serangan penyakit dan serangga yang dibawa oleh tanah dapat dielakkan. Perosak tanaman (serangga dan penyakit) akan lebih mudah dikawal tanpa menggunakan racun yang merbahaya.
 
Menjimatkan air
Menjimatkan penggunaan air, hidroponik tidak mengalamai maslah air larut lepas seperti cara penanaman di media tanah. Air pada system hidroponik akan berkitarsemula dan hanya perlu ditambah sekiranya ia berkurang ianya mengambil tempoh 3 atau 4 hari untuk menambah air.
 
Mudah menyemai benih
Benih tanaman dapt disemai terus ke takung atau saliran hidroponik tanpa perlu disemai dahulu, ini dapat mengelakkan daripada anak benih mengalami kejutan apabila anak benih dipindahkan dan anak benih tidak akan terencat. 
 
Quantiti tanaman lebih banyak
Lebih banyak jumlah pokok boleh ditanam pada setiap unit ia tidak bergantuk kepada keluasan kawasan samaada kawasan yang terhat mahupon yang luas.
 
 
 
Kualiti hasil tinggi
Kualiti hasil yang tinggi, pembesaran tanaman yang lebih seragam (sekata).
 
Tanpa tanah
Persekitaran kawasan tanaman lebih bersih, kerana hidroponik tidak menggunakan media tanah untuk proses pembesaran tanaman. Hidroponik hanya mengunakan air untuk mengantikan media tanaman. Alam sekitar yang lebih bersih dan harmoni. Tidak ada bau yang tidak menyenangkan seperti bau baja dan sebagainya juga bebas dari masalah rumput.
 
Menjimatkan baja/ nutrient
Hidroponik dapat minjimatkan penggunaan Nutrient (Baja larut cecair yang dilarutkan bersama air didalam taking atau salaur hidroponik), system hidroponik yang berkitar semula menyebabkan Nutrient dapat dikitar kembali.

 
Kos permulaan yang berpatutan
Peralatan hidroponik dapat diperolahi dengan cara membina sendir (DIY) atau boleh diperolehi yang telah siap dengan harga yang amat berpatutan. Set-set ini dapat digunakan dalam tempoh jangka masa yang panjang.
Nota: Kebanyakkan orang tidak sedar yang sayuran yang mereka dapatkan di pasar raya atau pasar segar adalah dari tanaman secara conventional dan juga hidroponik.

Pilihan Berkebun Untuk Moden Lifestyle - Hidroponik