Umam Agro is operated under the license of Umam Enterprise (002498178-M). We supply gardening inputs such as seeds, fertilizers, hormones. insect control, mediums for plants, fertigation sets and fittings, hydroponics DIY fittings, agricultural technology and agricultural training for your domestic and urban farming needs.

Apa itu cocopeat

Apa itu Cocopeat, penggunaan dan kebaikannya.

Cocopeat atau pun dikenali sebagai sabut kelapa hancur terhasil daripada 100% serat kelapa yang diolah melalui teknologi moden.

Kelebihan cocopeat :

~ Kuasa daya serapan yang tinggi menghalang air dan nutrisi cecair terbuang begitu sahaja. Sangat menjimatkan.
~ Menggemburkan tanah dengan pH neutral dan boleh diguna pakai berkali-kali (> 10 Tahun).
~ Kadar garam yang rendah serta bebas bakteria dan kulat yang merugikan. Jika ada pun masih boleh dicuci dan digunakan semula.
~ Mampu menyerap bau-bauan sekeliling (terutamanya di kandang penternakan).
~ Menyokong pertumbuhan akar dengan cepat dan baik untuk pembenihan/penyemaian.
~ Disarankan dalam kaedah penanaman hidroponik dan tanaman hiasan anthurium.

Banyak manfaat yang boleh diperolehi melalui penggunaan cocopeat sebagai media tanaman.  Mampu memberikan keuntungan berganda dengan julat 10-100% . Pertama tanaman tumbuh maksimum dan sihat. Kedua lebih efisyen kerana penjimatan pengairan dan baja kerana cocopeat mampu menyimpan 10 kali ganda.

Penggunaan cocopeat mampu menaikkan pengeluaran benih dalam mengusahakan tanaman hiasan. Sudah terbukti dengan media cocopeat benih jadi kuat dan pengakarannya banyak.

Cocopeat boleh digunakan sebagai media pengganti tanah yang selamat dan baik untuk tanaman. Ini kerana sifat cocopeat yang menyimpan air dan kaya dengan liang udara menjadikan pertumbuhan benih pada peringkat percambahan sangat bagus. Tanah akan selalu gembur sehingga akar baru tumbuh cepat dan banyak.

Perkembangan terbaru di Utara Sidney Australia, cocopeat banyak digunakan oleh kontraktor padang golf. Bahkan USGA (United Standard Golf Association) mengeluarkan peraturan penggunaan cocopeat 3% daripada beratnya sebagai media tanaman rumput golf. Dari situ boleh menjimatkan air dan mencegah pembuangan nutrisi / baja secara percuma terus menerus tanpa hasil.

Sifat cocopeat yang mampu mengikat bau-bauan di sekitarnya, sehinggakan sesuai ditabur di atas  lantai kandang binatang agar bau kotorannya tidak menyengat. Selain daripada itu cocopeat juga bersifat Hydrophilic iaitu menyerap air disekitarnya. Maka kadangkala cocopeat juga digunakan sebagai penapis air biologi dan menyerap tumpahan minyak.

Berdasarkan kajian Dr.Chris Smith dari England, cocopeat berupa serbuk sabut kelapa yang sifat fizikal dan kimia sangat berpotensi untuk media tanaman. Bahkan boleh menggantikan tanah 100%.

Tentu saja, menurut pakar ilmu tanah dari Strathclycle University itu, untuk menjadikan cocopeat sebagai media tanaman yang bagus, cocopeat tidak boleh terus dipakai begitu sahaja. Ini kerana cocopeat segar umumnya mempunyai nilai pH dan kadar garamnya cukup tinggi. Ia perlu diproses terlebih dahulu.

Pertama, proses pembuatannya dengan mesin moden untuk memisahkan serat dan serbuknya. Lalu serbuk asli tanpa campuran bahan lain dihamparkan dan melalui proses penguraian sekurang-kurangnya selama 3 bulan. Dalam tempoh ini nilai pH akan mencapai tahap neutral. Untuk menurunkan kadar garam pula serbuk cocopeat perlu  dicuci dengan air tawar.

Cocopeat terdapat dalam bentuk serbuk hancur dan blok yang dimampatkan.

SPESIFIKASI COCOPEAT INSTAN

Phytosanitary : Bahan yang terjamin bebas dari benih-benih tanaman lain dan bebas dari penyakit ketika disimpan sebelum diproduksi, tidak terkontaminasi. Dengan cara ini media kelapa memerlukan proses yang lengkap dari awal sampai akhir.

*** INFORMASI UMUM ***
Bahan tidak boleh terkontaminasi oleh bahan2 radioaktif
[<370Bq (cesium 134 + cesium 137)]
Bahan2 harus diterima oleh standard Belanda

Sumber : Coco.Peat.Tripod.Com
Sumber Gambar : Google